Tentu ramai dari kita yang suka berjalan, mengembara melihat tempat orang. Tentu ramai yang gemar menikmati pandangan indah pantai-pantai, lautan luas, atau sekeping senja di akhir hari. Tentu juga ramai yang suka menelusuri sejarah ketamadunan Islam, semangat juang yang tertinggal dan segala tumpah darah yang tertimbus.
Alangkah ruginya musim cuti ini kalau kita biarkan semua ini sekadar berlalu di mata, dan menyinggah di minda. Lupakah kita, segala yang terkesan itu mendidik hati?
Abadikanlah segala pengalaman cuti kita dalam bentuk tulisan buat tatapan masa hadapan.
Maka, kali ini kelab penulisan membawakan aktiviti yang menarik untuk anda cuti musim sejuk ini, Aktiviti Kembara Menulis . Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah lagi bakat ahli dalam penulisan. Apa yang harus anda lakukan hanyalah tulis segala kenangan manis, kenangan pahit, pengajaran, keresahan, pengalaman anda sepanjang cuti ini menjadi sebentuk tulisan tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun.
- cerpen
- puisi
- catatan
- artikel
- ulasan
- travelog
- dll
Di sini kami sertakan beberapa contoh tulisan.
Contoh catatan.
Pinggir Venice, Itali.
"Sahabat, cuba kau lihat nun
hujung sana. Horizon itu, seolah ada
sesuatu yang ia sembunyikan.
Sesuatu yang satu hari aku rasa aku akan faham."
"Mungkin tiada yang ia sembunyikan. Dan
kau tidak perlu mencari. Jawapan itu akan tiba bila kau bersedia. Jawapan yang sebenarnya telah lama ada pada
diri.
Bayu nyaman, lembut awan , gulungan
ombak kecil, dan laut biru tenang ini turut mendengar bicara kita tentang rasa
kau itu.
Dan mereka turut berbicara. Bahasa
alam. Bahasa Tuhan.
Pendengarnya, seperti yang kau
tahu...insan yang memerhatikan."
Menerima, sahabat, sebenarnya juga sebahagian dari memberi.
Contoh Sajak
Bocadillas Dar Barak
Sebuah
kedai kecil,
di hujung simpang jalan,
Aminah ibunya,
Ahmad abangnya,
Hamzah adiknya.
Entah apa rahsia kalian,
membuai asyik,
mengalirkan sebegini tenang.
Apa mungkin,
dari segulung schish kebab,
secawan segar lemonida,
malap terang lilin sebatang,
alun muzik terpilih,
dan ukir biru indah terpandang?
Atau sebenarnya,
kalian punya cinta,
yang tersisa dari Sultan Al Hambra,
namun masih teguh menyala,
buat semua pengunjung Granada ?
Dan Aminah,
saat memanggilmu "ummi"
aku tahu jawapannya.
di hujung simpang jalan,
Aminah ibunya,
Ahmad abangnya,
Hamzah adiknya.
Entah apa rahsia kalian,
membuai asyik,
mengalirkan sebegini tenang.
Apa mungkin,
dari segulung schish kebab,
secawan segar lemonida,
malap terang lilin sebatang,
alun muzik terpilih,
dan ukir biru indah terpandang?
Atau sebenarnya,
kalian punya cinta,
yang tersisa dari Sultan Al Hambra,
namun masih teguh menyala,
buat semua pengunjung Granada ?
Dan Aminah,
saat memanggilmu "ummi"
aku tahu jawapannya.
Granada,
Sepanyol
Haniff
Zikri
Madina Az-Zahra
I
sayangku
biar pohon ini membuah salji untukmu
untukmu.
agar terubat rindumu pada dingin salju.
pada salju.
tinggallah dalam mahligai ini
kubina taman seindah mimpi
perempuan-perempuan buatmu
pemuda-pemuda yang mengawal
kekal-lah.
menjadi bunga terindah
menghias hidupku.
II
runtuhan Madinah Az-zahra
lambang cinta manusia.
masih kekalkah kasih mesra,
seribu tahun lagi?
sayangku
biar pohon ini membuah salji untukmu
untukmu.
agar terubat rindumu pada dingin salju.
pada salju.
tinggallah dalam mahligai ini
kubina taman seindah mimpi
perempuan-perempuan buatmu
pemuda-pemuda yang mengawal
kekal-lah.
menjadi bunga terindah
menghias hidupku.
II
runtuhan Madinah Az-zahra
lambang cinta manusia.
masih kekalkah kasih mesra,
seribu tahun lagi?
Cordoba, Sepanyol
SADIS
Tips sebelum , semasa , dan selepas kembara :
1. Sebelum
Cari maklumat tentang tempat cuti anda dari internet, buku-buku atau pengalaman orang yang telah pergi. Cari perkara yang menarik agar anda berasa teruja untuk ke sana. Perkara yang menarik itu boleh jadi apa sahaja, sejarah; suasana; pemandangan; masyarakat; dll.
Adalah lebih digalakkan bercuti bersama rakan yang juga mahu menulis.
2. Semasa
Tulislah apa sahaja yang terlintas dalam minda. Perkara-perkara baru yang anda lihat dan anda baca.
Perkara inilah yang kelihatan kecil ketika bercuti menjadi kenangan yang besar selepas cuti. Dan itulah tulisan menjadi jendela untuk kita memandang kembali kenangan-kenangan itu.
3. Selepas
Baca semula tulisa-tulisan anda, dan baiki.
Seterusnya nanti kita akan saling berkongsi karya sepanjang kembara menulis ini di dalam kelab.
Tentu menarik.
Selamat bercuti, dan selamat menulis!