About

Tuesday, February 19, 2013

SAYEMBARA PUISI GKLN 2013


Syarat-syarat penyertaan sayembara

1. Sayembara ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang menepati salah satu daripada syarat berikut :

     a) Sedang mengikuti pengajian/bekerja di mana-mana negara timur tengah seperti berikut :
         1) Jordan
         2) Mesir
         3) Syria
         4) Morocco
         5) Arab Saudi
 
     b) Menamatkan pengajian dari negara-negara di atas dalam tempoh tidak melebihi satu tahun dari tarikh tutup penyertaan.

2. Tema sayembara adalah 'Kisah Kita'. Tafsiran terhadap tema sayembara adalah bebas dan bersesuaian.
 
3. Karya asli penulis (bukan saduran atau terjemahan) dan belum pernah tersiar atau terbit di mana-mana media cetak. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog/facebook, harap dapat menarik balik karya dari laman tersebut sebelum keputusan diumumkan. 

4. Peserta bebas menghantar seberapa banyak puisi untuk penilaian, tetapi setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah. Karya-karya lain yang baik akan dipilih untuk dibukukan dalam antologi.

5. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, facebook, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis. 

6. Panjang puisi adalah bebas, tetapi mestilah tidak kurang daripada 10 baris. 

7. Beberapa karya terpilih (samada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan dalam antologi GKLN 2013.
   
8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2013. 
   
9. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.


10. Hantarkan penyertaan anda ke [penulisanirbid@gmail.com] beserta butiran berikut :
 
- Nama dan Nama Pena
- Umur dan tarikh lahir
- Alamat di Malaysia
- Jurusan dan tahun pengajian
- Universiti/Kolej
- Tarikh tamat pengajian dan tempat kerja (jika berkenaan)


 HADIAH YANG MENANTI PEMENANG!

Pertama: RM 200 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)

Kedua : RM 170 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)

Ketiga: RM 150 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)


3x Hadiah Saguhati: RM 50 setiap satu (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)


*** Karya-karya terpilih (walaupun tidak memenangi hadiah) akan dibukukan dalam antologi puisi GKLN 2013

0 comments:

Post a Comment