About

Sunday, November 13, 2011

Kalam Pembuka

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertamanya, kita panjatkan puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala. Kita ucapkan selawat dan salam untuk junjungan dan kekasih kita Nabi Muhammad Sallallahu'alaiwasallam, juga untuk seluruh keluarga dan sahabat baginda, serta siapa sahaja yang menghidupkan dan meneruskan perjuangan dakwah baginda hingga ke hari kiamat.

Syukur juga dizahirkan atas kejayaan Kelab Penulisan Irbid yang melangkah satu tapak kehadapan dengan wujudnya blog rasmi kelab dan group rasmi kelab di Facebook.

Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang oleh penggerak kelab untuk dilaksanakan sepanjang tahun, moga semua program yang bakal dijalankan dapat memberi manfaat pada semua ahli.

Aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan objektif kelab iaitu untuk mencungkil bakat-bakat seterusnya mengasah bakat ahli supaya penulisan yang dihasilkan dapat memberikan sesuatu pada diri,masyarakat, dan agama.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen daripada semua supaya kelab penulisan dapat dipertingkatkan mutunya dari masa ke semasa.

Harapan saya, semoga Kelab Penulisan Irbid dapat melahirkan penulis-penulis Islam yang dapat menyebarkan kebenaran ke seluruh pelusuk alam.

Yang Menggalas Amanah,

Amir Siddiq Bin Hasnan
Pengerusi Kelab Penulisan Irbid
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid.

0 comments:

Post a Comment